PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASA DULU DAN KINI

BAB 2: PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASA DULU DAN KINI

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM MENURUT:

i) Al-Qaradawi = Pendidikan ialah keseluruhan hidup meliputi akal, rohani, jasmani, nafsu, akhlak dan tingkah laku
ii) Al-Tamimi = Mampu memperbaiki kehidupan dan mewujudkan keseimbangan dunia dan akhirat.
iii) Langgulung Hassan = Pendidikan adalah luas dan meliputi erti pengubahan dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan dalam diri individu dan masyarakat.

✨Pendidikan Islam awal bermula pada kurun ke-10 hingga kurun ke-15. Perkara ini bermula dari pedagang-pedagang arab yang berdagang di Tanah Melayu. Mereka juga telah berdakwah di Tanah Melayu dengan menunjukkan nilai dan contoh-contoh yang mahmudah.


📚 PENDIDIKAN MASA DULU DAN KINI 📚 

🏡 INSTITUSI RUMAH IMAM
🏡 INSTITUSI PONDOK
🏡 INSTITUSI MADRASAH
🏡 SISTEM SEKULAR

🏫 Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pondok ialah rumah atau madrasah dan asrama tempat untuk mengaji atau belajar agama.
🏫 Menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan mengikut cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan, menyebarkan, mengembangkan dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak-anak bangsa.

📖 SEJARAH PENDIDIKAN PONDOK DAN MADRASAH.

➣ Sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan dengan jelas akan kemunculannya. Tetapi, pada zaman dahulu, ibi bapa dalam kalangan masyarakat Islam suka menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi tradisional seperti pondok pada tahun 1930-an dan 1940-an.
➣ Masyarakat Melayu lebih memilih institusi tradisional ini walaupun penjajah Inggeris telah pun memperkenalkan pendidikan Barat melalui sistem persekolahan vernacular  kepada masyarakat Melayu sehingga mewujudkan golongan yang berpengetahuan agama yang luas. Serta institusi ini telah memberikan semangat esprit de corps dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman tersebut.

KEMUNCULAN SISTEM PONDOK DI TANAH MELAYU  

💨 Kemunculan sistem pondok ini adalah seiring dengan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu iaitu pada abad ke-14. Ini juga dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh pada tahun 1303M yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Kemudian disusuli dengan penumbuhan pendidikan pondok yang semakin pesat pada abad ke-18 dan dipelopori oleh golongan ulama' Pattani. Kebanyakkan pondok juga terdapat di Nakorn Si Tammaraj, Krabi, Trang, Pangnga, Surat Thani, Phuket, Patthalung, Chaiya dan Songkla. Hasil daripada murid-murid mendapat pendidikan di Pattani, mereka telah pulang ke negeri masing-masing seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya serta mereka telah menubuhkan pondok sendiri dan penuntut-penuntut lain tidak lagi ke Pattani untuk menuntut ilmu disana.
💨 Di Tanah Melayu, Kelantan merupakan antara negeri yang mula mewujudkan sistem pondok. Pondok yang pertama dibina pada tahun 1820M iaitu Pondok Pulai Chondong oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah. Selain daripada Pondok Pulai Chondong yang telah didirikan pada tahun sebelum 1910, terdapat beberapa lagi pondok yang dibina. Antaranya ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat pada tahun 1908, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Bonggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.

📌 SISTEM PENTADBIRAN PONDOK 

➟ Sistem pondok lazimnya diadakan di sebuah perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan surau atau masjid yang bertindak sebagai sekolah dan tempat beribadat. Tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil yang dipanggil "pondok" sebagai tempat kediaman murid-murid.
➟ Lokasinya berada di tempat pedalaman atau desa. Pada zaman dahulu ianya dibuat dikawasan penanaman padi, yang berhimpunnya orang Melayu yang beragama Islam. Sistem pondok ini ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa tuan guru yang bertindak sebagai ketua.
➟ Tok guru pondok bertanggungjawab dalam mengendalikan pengajian dan aturan hidup murid-murid dikawasan pondok. Kemajuan sesebuah pondok itu bergantung kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang terdapat pada tok guru tersebut. Kebanyakan pondok terkenal dengan nama pengasas atau tuan guru di situ dan tempat kewujudannya.
➟ Secara kebiasaannya, pengajian di pondok tidak dibahagikan mengikut peringkat umur, sebaliknya dibuka kepada sesiapa sahaja yang hendak mengikuti pengajian apabila mendapat keizinan daripada tok guru tersebut. Di pondok, mereka tidak mempunyai kelas, tetapi mereka belajar dalam bentuk halaqah bersama tuan guru.
➟ Kebanyakan sekolah pondok tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Ianya bergantung kepada derma daripada orang ramai dan pelajar atau waqaf serta zakat dan sedekah. Sistem pondok tidak menggunakan sukatan pelajaran yang tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu mengikut mata pelajaran yang diajar.
➟ Sistem pengajian yang digunakan adalah kaedah pengajaran secara penyampaian oleh guru. Pelajar mengingatinya secara hafalan terhadap pelajaran atau matan yang dipelajarinya. Serta kebanyakan sekolah pondok mempunyai jadual pengajaran mengikut solat lima waktu seperti selepas subuh dan maghrib.

💢 SISTEM PONDOK DAN MADRASAH 

♣ Sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara jati diri orang Melayu dan menyediakan orang Melayu dengan teras pendidikan Islam. Sesetengah cendekiawan berpandangan bahawa intipati institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh diterangkan dari sudut budaya pendidikan dalam masyarakat Melayu Islam. (Adnan Yusopp 2002)
♣ Sebagai contoh, sistem di Pondok Tradisional Terusan Limbat Pasir Tumboh (Madrasah Addiniah Pasir Tumboh). Dari segi sukatan pembelajaran yang terdapat di madrasah tersebut, para pelajar didedahkan dengan sukatan pelajaran yang tidak tersusun dan bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah, nahu sorof, hadis dan doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.
♣ Antara aktiviti yang turut diadakan ialah berqasidah, berzanji dan bernasyid. Secara kebiasaannya selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah ilmu. Pelajar di madrasah ini bebas untuk memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu dan tiada had umur.
♣ Antara kitab yang dipelajari di pondok ialah Kitab Matan Jurumiyah, Matan Bina, Matan Ummu Brahim, Kitab Pelita Penuntut, Kitab Penawar Bagi Hati, Kitab Al-Falah, Kitab Muhtaj, Kitab Miyatul Musolli dan Kitab Matla ul Badrain.

♤ Sistem madrasah adalah sama dengan sistem pondok akan tetapi sistem madrasah adalah lebih sistematik. Sistem madrasah ini dimulakan dengan penghafalan al-Quran selama 3 tahun dan setelah para pelajar selesai syahadah al-Quran, mereka akan berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8 tahun. Pengajian selama 8 tahun ini, mereka akan belajar daripada peringkat asas sehingga mereka dapat menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah secara bersanad sehingga kepada Rasulullah SAW.
♤ Waktu pembelajaran di madrasah ini adalah bermula dari jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam. Antara aktiviti yang dijalankan di madrasah ialah pihak madrasah akan menjalankan imtihan iaitu ujian sebanyak dua kali setahun. Sekiranya gagal, pelajar akan mengulang semula selama setahun. Di madrasah ini juga melakukan perbahasan agama dari aspek Masail dan para ustaz akan menilai setiap dalam isi yang dihujahkan. Mereka juga mengadakan sesi Tarbiyah rohani melalui perjalanan dakwah serta mempelajari ilmu tasawuf dengan menggunakan Kitab Hadith dan Riyadus Solihin.
♤ Untuk pelajar tahun 1 hingga tahun 4, mereka akan mempelajari mata pelajaran pemantapan Bahasa Arab seperti Nahu, Sorof, Tauhid, Hadith 40, Mtan Jurumiah, terjemahan juzuk amma, Mantik, Tafsir Jalalain, Usul Fiqh, Mustohallah Hadith dan Balaghah. Seterusnya pelajar tahun 5 hingga tahun 8 pula akan mempelajari ilmu Faraid, Usul Tafsir, Usul Hadith, Ulum Al-Quran, Akidah, Misyakut Masobih, Mahalli, Tafsir Baidawi dan belajar Hadith serta Fiqh 4 Mazhab. Tambahan mata pelajaran mereka ialah Sunnah sittah iaitu Riwayat Bukhari, Nasaie, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM PENDIDIKAN PONDOK TRADISIONAL DAN MODEN 

💥 Sistem pondok tradisional adalah sama seperti keterangan diatas.
😁 Sistem pondok moden adalah seperti berikut:-
  • Pendidikan pondok yang menggabungkan sistem pendidikan agama dan akademik dari segi ilmiah.
  • Pendidikan pondok moden yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
  • Sukatan pembelajaran terbahagi kepada dia iaitu pembelajaran booth ( Feqah, Hadith dan lain-lain) dan akademik ( Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan lain-lain).
  • Wujudnya peperiksaan seperti Sijil Menengah Agama (SMA/ SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Mempunyai buku yang bercetak berbanding dengan sistem pondok tradisional hanya di tulis sahaja.
  • Pembelajaran hanyalah terhad pada sebelah pagi sehingga petang sahaja.
  • Pembelajaran berbentuk sistem kelas yang mempunyai bilik darjah.



ASPEK
RUMAH IMAM
PONDOK
MADRASAH
KURIKULUM
Tidak mempunyai kurikulum.
Mempunyai kurikulum tetapi tidak selaras
Mempunyai kurikulum dan selaras
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(P&P)
Pelajaran asas (mengaji,hafazan,fardhu ain, menulis, membaca)
Lebih formal dan sistematik (nahu, saraf, tauhid, ayat-ayat al-quran)
Sistematik dan formal, meliputi fardhu ain dan kifayah.
WAKTU PEMBELAJARAN      
3 Waktu:
  §  Selepas subuh hingga    sebelum zohor
  §  Selepas zohor hingga sebelum asar.
  §  Selepas maghrib hingga isyak    
3 Waktu:
  §  Selepas subuh hingga sebelum zohor
  §  Selepas zohor hingga sebelum asar.
  §  Selepas maghrib hingga isyak
3 Waktu:
  §  Selepas subuh hingga sebelum zohor
  §    Selepas zohor hingga sebelum asar.
  §  Selepas maghrib hingga isyak
PENGASAS
Imam/Guru yang datang dari Arab, Parsi dan India
Wujud zaman Empayar Melaka
Dibawa oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani.


Comments

Popular posts from this blog

SISTEM PENDIDIKAN BRUNEI

SISTEM PENDIDKAN ISLAM NEGERI JOHOR

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN