SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN


1) LAPORAN CHEESEMAN (1941-1946)
 Antara tahun 1941-1946, bahasa Jepun dijadikan mata pelajaran tambahan di sekolah-sekolah Melayu dan Tamil, tetapi sekolah vernakular lain dan sekolah Inggeris telah ditukar kepada sekolah Nippon-Go. Lagu-lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun merupakan salah satu sistem pengajaran dalam Nippon-Go dan diberikan penekanan dalam kurikulum sekolah rendah.

       Di samping itu, pihak pemerintah Jepun telah menggantikan pendidikan peringkat menengah aliran biasa kepada pelajaran vokasional dan teknik. Terdapat bidang-bidang yang dianjurkan oleh pihak Jepun iaitu perikanan, perhubungan, sains samudera, pertanian dan pembinaan. Pihak Jepun memberi peluang kepada orang dewasa lain untuk mempelajari bahasa Jepun.

        Inggeris telah menjajah Tanah Melayu sekali lagi selepas tamat Perang Dunia Kedua. Ketika itu, penduduk Tanah Melayu mula sedar bahawa pendidikan adalah penting demi mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial. Laporan Cheeseman adalah untuk membina semula setiap sistem pendidikan dan tidak mencampuradukkan perpaduan kaum. Justeru itu, berikut merupakan aspek penting dalam Laporan Cheeseman, iaitu:

(a) Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiris sekolah vernakular pada peringkat rendah.

(b) Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.

(c) Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.

(d) Pendidikan vokasional hendaklah dilaksanakan sepenuhnya seperti yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938.


2) LAPORAN BARNESS (1950)
 Pada tahun 1950, Laporan ini diketuai oleh L.J. Barnes. Beliau ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki pendidikan kaum Melayu. Laporan ini dianggap sebagai memihak kepada bangsa Melayu apabila menerima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar daripada sekolah rendah. Manakala Bahasa Tamil dan Bahasa Cina diajar sebagai mata pelajaran sahaja. Selain itu, Laporan Barness menggalakkan agar seluruh sistem pendidikan dirombak semula seperti ciri-ciri berikut :

(a) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah kebangsaan. 

(b) Pendidikan disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah yang mula diajar pada tahun 3.

(c) Kurikulum menekankan matapelajaran seperti Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.

(d) Sekolah rendah menghasilkan murid-murid yang mahir dalam dwibahasa dan mereka akan disalurkan ke sekolah aliran Inggeris selepas sekolah rendah.

(e) Penguasaan Pelajaran Setempat dan Kerajaan menanggung pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan. 

(f) Maktab Perguruan Berasrama disediakan hanya kepada Pemegang Sijil Persekolahan.

 Laporan Barness pernah menolak Rancangan Holgate (1949) secara terbuka yang mencadangkan Bahasa Inggeris untuk dijadikan sebagai bahasa pengantar tunggal. Namun demikian, Laporan Barness tidak dapat diterima oleh Bangsa Cina yang meluahkan hasrat melalui Laporan Fenn-Wu.


3) LAPORAN FENN-WU (1951)
 Sir Henry Gurney melantik sebuah jawatankuasa pada tahun 1951 yang diketuai oleh dua orang penasihat daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka ialah Dr. W.O. Fenn dan Dr. Wo Teh Yau. Laporan ini ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta layanan kehendak masyarakat Cina yang mengganggap laporan tersebut untuk menghapuskn bahasa dan budaya orang Cina. Usul-usul yang terdapat dalam laporan Fenn-Wu adalah 

(a) Sekolah Cina dikekalkan sukatan pelajaran berasaskan kepada negara China bukan Tanah Melayu supaya tidak berlaku penghakisan budaya dan adat orang Cina.

(b) Sekolah Vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Malahan, bahasa Kebangsaan diadakan.

(c) Orang Cina digalakkan untuk menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(d) Persediaan untuk kanak-kanak menempuhi semua aspek kehidupan perlu disediakan oleh sekolah-sekolah berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Melayu.

(e) Sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, Maka, sekolah Vokesional perkembangkan bagi menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan demi membangunkan negara.

Selepas Laporan Fenn-Wu dibentangkan, terdapat pelbagai reaksi banyak pihak oleh orang Melayu yang membangkang Laporan Fenn-Wu kerana syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Hal ini telah mewujudkan pengkajian lain iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan yang ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan juga India. Mereka ditugaskan untuk mencari jalan tengah dan kerajaan dapat melaksanakan perakuan Laporan Barnes dan Fenn-Wu.


4) LAPORAN ORDINAN PELAJARAN (1952)
➟  Pihak Inggeris telah mengkaji Laporan Fenn-Wu dan mendapati bahawa cadangan yang dikemukakan adalah tidak sama. Oleh yang demikian, kerajaan Inggeris menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Antara cadangan yang dikemukakan ialah:

(a) Mengadakan dua sistem persekolahan iaitu, sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan selain itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

(b) Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil disediakan sekiranya terdapat 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.

(c) Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.

        Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan laporan yang dibentangkan pada September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan di Persekutuan Tanak Melayu. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. Lantaran itu, bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

       Walaubagaimanapun, cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan. Maka, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji kaedah cadangan-cadangan tersebut dapat dilaksanakan. Antara cadangan tersebut ialah penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan tiga bahasa di sekolah Cina dan sekolah Tamil. Seterusnya, mengehadkan kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris dan memulakan pendidikan menengah vokasional. Oleh kerana atas faktor kekurangan wang, maka cadangan-cadangan ini tidak dapat disempurnakan.

Comments

Popular posts from this blog

SISTEM PENDIDIKAN BRUNEI

SISTEM PENDIDKAN ISLAM NEGERI SELANGOR