PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN

DEFINISI SISTEM PENDIDIKAN 

Suatu usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.

Pendidikan juga merupakan suatu proses pengubah sikap dan tingkah laku seseorang dalam mendewasakan manusia melalui pengajaran dan latihan serta dapat memajukan akhlak mahmudah, pemikiran dan jasmani selaras dengan alam dan masyarakat.  

Related image





BIODATA DR MASZLEE MALIK

Image result for dr maszlee malik


Nama beliau ialah YB Dr Maszlee Malik. Beliau merupakan anak jati Johor dan lahir pada tanggal 19 Disember 1974. Beliau juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggung Abdul Rahman (STAR) (2). Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Beliau menyertai Madrasah Al-Quran Waddin pada tahun 1989 dan berhijrah ke Maahad Johor. Seterusnya, Dr Maszlee melanjutkan pelajarannya ke Jordon dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Bayt, Jordon serta melanjutkan pengajian peringakat Sarjana di Universiti Malaya. Sijil Ijazah beliau adalah dalam bidang Fiqh dan Usul Al-Fiqh.

Pada tahun 2007, Dr Maszlee melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di Universiti Durham, England. Seterusnya, beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran pada tahun 2011 dalam bidang Good Governance. Selesai sahaja pengajiannya, beliau dilantik sebagai Assistant Professor, Universiti Islam Antarabangsa. Beliau juga merupakan Felo Penyelidik, Yusuf Ishak Institute, Singapura. Dr Maszlee Malik merupakan pemikir dan penganalisis politik Islam Kontemporari. Selain itu, beliau merupakan moderator debat dan wacana politik terkenal. Dari segi penulisannya, beliau amat hebat sehingga berjaya menulis lebih 60 buah buku akademik di dalam dan luar negara.

Dr Maszlee merupakan seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan antaranya Ahli Lembaga, IDEAS Autisme Centre. Selain itu, beliau juga turut menyertai kerajaan Malaysia untuk misi bantuan ke Gaza. Seterusnya, beliau juga merupakan salah seorang penasihat Orkids (Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor). Di samping itu, beliau menjadi Penasihat TFTN (Teach For The Needs) iaitu gerakan guru-guru sukarelawan yang menawarkan peluang pendidikan percuma kepada anak-anak yang kurang berkemampuan. Justeru, Dr Maszlee merupakan salah satu Ahli Jawatankuasa, Kempen Perpaduan Palestin (PSC), ke parlimen EU, Brussels, Belgium.

Umum mengetahui bahawa, Dr Maszlee Malik turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial demi mengharumkan nama Negara Malaysia. Beliau diiktiraf sebagai Penaung Kelab Penyokong Bola Sepak Manchaster City Malaysia. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Presiden Masyarakat Islam Durham, United Kingdom serta Penasihat MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia).



ASPEK-ASPEK PERBANDINGAN SEKOLAH HARIAN DAN SEKOLAH AGAMA

SEKOLAH HARIAN
ASPEK
SEKOLAH AGAMA
  • Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini
  • SMK Pulai Perdana

PENGELOLAAN
  • Sekolah Agama Kangkar Pulai

  • Pengetua
  • Penolong Kanan Pentadbiran
  • Hal Ehwal Murid

PENTADBIRAN
  • Guru Besar


  • Simulasi
  • Bercerita
  • Lakonan

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Hafazan
  • Taranum
  • Demonstrasi

  • Ujian Awal Tahun
  • UPSR, PT3, SPM

PEPERIKSAAN
  • UPKK
  • SDEA
  • SDKA

  • Guru
  • PPD
  • Lembaga Peperiksaan Negeri

PENYEDIAAN KERTAS
  • Guru Agama
  • Jabatan Agama Islam
  • Majlis Guru-Guru Agama

  • Pemakaian mengikut peraturan yang telah ditetapkan
  • Contoh: Memakai baju batik pada hari Ahad

ETIKA DAN PERATURAN
  • Pakaian perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan
  • Contoh: Guru wanita diwajibkan memakai tudung melepasi dada.




TAHAP-TAHAP SISTEM PENDIDIKAN


1) Pendidikan Pra Sekolah
→ PASTI (4 - 6 Tahun) 
→ KEMAS (5 -6 Tahun)
→ TAJ (5 - 6  Tahun)

2) Pendidikan Sekolah Rendah ( 7- 12 Tahun) 
→ Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai
→ SJK(T)
→ SJK(C)

3) Pendidikan Sekolah Menengah (13-17 Tahun)
→ Sekolah Menengah Kebangsaan
→ Sekolah Kluster
→ Sekolah Berasrama Penuh

4) Pendidikan Lepasan Menengah (18-12 Tahun)
→ MATRIK
→ STPM
→ IPTA
→ MARA

































  

Comments

Popular posts from this blog

SISTEM PENDIDIKAN BRUNEI

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM KEMERDEKAAN

SISTEM PENDIDKAN ISLAM NEGERI SELANGOR