SISTEM PENDIDKAN ISLAM NEGERI JOHOR
SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGERI JOHOR.
PENGENALAN
Johor merupakan sebuah negeri bertamadun yang diambil sejak abad ke-19. Dalam era tamadun Melayu dan Nusantara masih mencari identiti bangsa akibat penjajahan Barat di Tanah Melayu. Pada era tamadun Johor moden, Temenggong Daeng Ibrahim (1833-1862) sudah memiliki identiti sendiri sebagai sebuah kerajaan yang tersusun dalam pelbagai aspek bidang pentadbiran kerajaan dan undang-undang, serta sistem pendidikan. Lambang terpenting kerajaan Johor Moden ialah sistem Pendidikan Islam yang tersusun baik yang diinstitusikan sendiri oleh kerajaan Johor sejak tahun 1885.
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI JOHOR
😍 Johor adalah antara negeri yangmemberikan pendidikan Islam secara menyeluruh dan tersusun melalui sistem sekolah agama sesi pagi dan sesi petang.
😍 Pendidikan secara formal di negeri Johor telah bermula di Teluk Belangah, iaitu pusat pemerintahan Kesultanan Johor pada tahun 1866.
😍 Sekolah agama awal muncul secara aktif menggunakan pengantar bahasa Melayu dikenali sebagai sekolah Quran, sekolah Kitab dan kemudian disebut sekolah Agama Petang.
😍 Kewujudan Sekolah Agama Johor dikesan seawal 1895 apabila Almarhum Sultan Abu Bakar mewujudkan perlembagaan bertulis bagi negeri itu.
😍 Sistem institusi Sekolah Quran merupakan suatu penerusan dari keadaan sekolah yang ada di Teluk Belangah sebelum berkembang ke tanah besar Johor.
SEKOLAH AGAMA PERTAMA
- Sekolah Quran pertama di Johor ialah Sekolah Agama Kukup, Pontian.
- Di Kukup, Sekolah Kitab dan Sekolah Quran dijalankan serentak dalam satu bangunan manakala Sekolah Quran ditempatkan di masjid-masjid.
- Kanak-kanak ditinggalkan bersama guru.
- Sekolah Quran ini ditukarkan kepada Sekolah Kitan setelah berlaku pertambahan mata pelajaran ilm Fiqh dan Tauhid dalam sukatan pelajaran.
- Sistem pendidikan ketika itu mengutamakan aspek latihan membabitkan ibu bapa, kanak-kanak dan guru.
- Belajar, mereka dilatih dalam bidang kerohanian, silat, berkebun atau membantu guru mengusahakan ladang.
SEKOLAH AGAMA ALIRAN ARAB
- Sekolah Agama persendirian aliran Arab mula wujud antara tahun 1912 dan 1913.
- Antaranya ialah Madrasah Abdul Aziz Assyaimi Johor Bahru, Madrasah Buluh Kasap Segamat, Madrasah Arabiah Bagan Batu Pahat.
- Didirikan oleh ulama berwibawa yang berhijrah ke negeri ini dari Semenanjung Tanah Arab, Indonesia, Pattani dan India.
- Aliran Arab yang terkenal kerana melahirkan ramai ulama ketika itu ialah Madrasah Al-Attas Al-Arabiah yang dibina pada 1913 di Bukit Timbalan, Johor Bahru.
- Pada masa yang sama, pertumbuhan sekolah Melayu di negeri Johor sedikit sebanyak mula mengubah corak pendidikan Sekolah Quran dan Kitab.
LANJUTAN DARJAH KHAS
- Bahagian Pendidikan Agama Johor telah memperkenalkan pengajian lanjutan untuk lulusan tertinggi Sekolah Agama Kerajaan Johor iaitu Darjah Khas yang dikemaskini mulai tahun 1993.
- Dalam tempoh empat tahun mengambil Diploma Perguruan Malaysia (DPM), lepasan Darjah Khas Johor layak menjadi guru agama bertaraf diploma termasuk yang sedia berkhidmat di luar Semenanjung termasuk Sabah, Sarawak dan negara Brunei Darussalam.
- Bahagian Pendidikan Agama Johor melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) pada tahun 1994.
SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
- Jabatan Agama Johor diminta meneruskan pembelajaran Sekolah Agama Petang agar institusi penting milik kerajaan negeri itu tidak pupus begitu sahaja.
- Sekolah Agama Petang juga dicadangkan beroperasi pada dua sesi, pagi dan petang untuk mengatasi masalah pendidikan asas yang sememangnya tidak ditawarkan ke Sekolah Agama Rakyat.
- Gelaran "Sekolah Agama Petang" dimansuh mulai Januari 1962 dan digantikan "Sekolah Agama Kerajaan Johor" hingga hari ini.
- Tahun 1975 Sekolah Agama Kerajaan Johor mula memiliki bangunan sendiri.
- Sekolah Agama Kerajaan Johor masih menumpang di sekolah-sekolah kebangsaan iaitu kira-kira 222 buah sehingga tahun 1990-an.
TADIKA AGAMA JOHOR
- Bahagian Pendidikan Agama Johor memiliki hampir 200 buah sekolah Tadika Agama Johor (TAJ) membabitkan kira-kira 4000 murid.
- TAJ yang diwujudkan itu berpotensi mengisi kekosongan dalam sistem pendidikan prasekolah luar bandar yang tidak dapat dikendalikan oleh Tadika Islam atau Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski).
- Langkah itu dipercayai bagi mengelakkan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menyemai sifat-sifat negatif terhadap kerajaan.
- Operasi TAJ mensasarkan Penyediaan kemudahan pendidikan asas peringkat prasekolah luar bandar kepada 100% di sekolah seluruh Johor.
PENGAJIAN TINGGI DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI JOHOR
- Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Johor (MARSAH) iaitu institusi bertaraf pengajian tinggi telah berjaya ditubuhkan pada 11 November 1997.
- Pada 11 Januari 2005, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah menubuhkan MARSAH Sdn. Bhd. di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor tahun 2004.
- Pada 19 Oktober 2006, MARSAH mendapat kelulusan penubuhan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan diiktiraf sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
- Sejak mula operasi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah meletakkan MARSAH diurus selia oleh Maahad Johor.
- MAIJ telah menetapkan supata MARSAH diurus selia secara berasingan dengan peruntukan geran awal iaitu sebanyak RM50000 setahun termasuk gaji kakitangan pada tahun 1998.
ABDULLAH NASIH ULWAN
- Pendidikan Islam menurut beliau adalah berusaha membentuk anak didik agar menjadi manusia yang soleh di dalam kehidupan ini.
- Menurut Hasan Al-Sharqawi ialah menyifatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia menjauhkan diri dari sifat-sifat yang tercela dan mendekatkan diri dengan sifat-sifat yang terpuji.
- Menurut Fathi Yakan pula, menyatakan bahawa pendidikan Islam adalah membina proses individu dan masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada dalam aspek pegangan, pemikiran mahupun perbuatan.
TOKOH & PENGASAS
↠ Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman
↠ Tempoh pemerintahan : 19 Ogos 1841 sehingga 10 Mac 1855.
↠ Baginda dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau.
↠ Merupakan anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah.
↠ Baginda juga berkahwin dengan Inche Ngah, Engku Long Muda dan Tengku Andak.↠ Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman
↠ Tempoh pemerintahan : 19 Ogos 1841 sehingga 10 Mac 1855.
↠ Baginda dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau.
↠ Merupakan anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah.
↠ Telah dilantik sebagai Maharaja Johor dan dikenali sebagai De Facto Johor yang ke-20.
↠ Baginda telah mangkat pada 1 Febuari 1862 di Teluk Belangah, Singapura dan dimakamkan di
Makam Temenggung, Masjid Teluk Belangah.
↠ Sumbangan :
- Memiliki identiti tersendiri sebagai sebuah kerajaan yang tersusun dalam pelbagai aspek bidang.
- Menyumbang sebanyak 500 dolar setahun untuk sebuah sekolah bagi mengajar Bahasa Melayu.
- Menyediakan sebidang tanah di Teluk Belangah untuk membantu dalam pembinaan sekolah.
KRONOLOGI
| 1885 | Bermula sekolah al-Quran dengan titah baginda Sultan |
| 1901 | Sekolah Kitab dimulakan di Muar |
| 1915 | Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diwujudkan bagi mewajibkan sekolah agama. |
| Pemisahan Jabatan Agama dengan Jabatan Pelajaran | |
| 1925 | Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ditubuhkan. Salah satu tugas MAIJ untuk mengawal selia Sekolah Menengah Agama Rakyat Johor (SMAR) dan memberikan sebahagian bantuan kepada sekolah yang dibina oleh rakyat ini. |
| 1928 | Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKJ), iaitu gabungan Sekolah al-Quran dan Sekolah Kitab darjah 1-5. |
| SAKJ ditambah setahun hingga ke Darjah Enam dan diberikan sijil. | |
| 1930 | Darjah Khas diwujudkan bagi murid yang memiliki Sijil Darjah Enam SAKJ. |
| 1934 | Lulusan Darjah Khas boleh memohon mengajar di SAKJ. |
| 1938 | Syarat pengambilan guru SAKJ dikuatkuasakan dengan Darjah Khas. |
| 1941 | Sekolah Menengah (Arab) Agama (SMA), Parit Raja, Batu Pahat Johor ditubuhkan. Sekolah ini dikendalikan sendiri oleh MAIJ. |
| 1942 | SMAR Shamsuddiniah Muar ditubuhkan. |
| 1946 | SMAR Arabiah Kluang, Kluang dan al-Khairiah al-Islamiah, Segamat ditubuhkan. |
| 1951 | SMAR al-Khairiah al-Islamiah, Mersing ditubuhkan. |
| 1955 | SMAR Bugisiah Tampok, Benut, Pontian ditubuhkan. |
| 1957 | SMAR Lughat al-‘Arabiyyah, Tangkak, Muar ditubuhkan. |
| 1959 | SMAR Lugat al-Quran, Kesang Tasik, Sungai Mati, Muar ditubuhkan. |
| 1961 | SMAR Jawahir al-‘Ulum, Senggarang, Batu Pahat ditubuhkan. |
| 1960 | Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dengan nama Maahad Johor ditubuhkan. Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. |
| 1963 | SMAR al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Batu Pahat ditubuhkan. |
| 1964 | Kumpulan pertama lulusan Syahadah Thanawiyyah dikeluarkan. |
| SMAR Arabiah Parit Sulung ditubuhkan. | |
| 1966 | SMAR al-Tanwiriyyah ditubuhkan. |
| 1969 | Kerajaan Negeri mengambil alih Maahad Johor dari MAIJ. |
| 1977 | Maahad Muar telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) |
| 1983 | SPM dan STPM dimulakan di Maahad Johor. |
| SMAR Arabiyah Kota Tinggi ditubuhkan. | |
| 1992 | Maahad Pontian kelolaan MAIJ ditubuhkan. |
| 1988 | Sek. Men. Agama Kerajaan Johor (SMAKJ) ditubuhkan. |
| SMAR Dar ‘Ulum, Serom, Muar dan SMA Bandar Tenggara ditubuhkan. | |
| 1998 | Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) ditubuhkan di lapan daerah di Johor. |
| 1999 | Maahad Johor dijadikan Sekolah Agama (Arab) tertinggi bagi lepasan Sekolah Men. Agama Rakyat (SMAR) sehingga ke peringkat STAM. |
| 2007 | SAKJ telah mencapai jumlah 542 buah, SMAN dua buah, dan SRAB lapan buah. |
| Jumlah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan SMAR di bawah naungan MAIJ ialah 17 buah dengan | |
| 2008 | Tiga SMAR dari 17 buah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). |
| Program Tahfiz di bawah JAIJ ditubuhkan. Pelajar ditempatkan di Maahad Johor dan SMAKJ. | |
| 2012 | Pada 14.8.2012, semua SRAB (lapan buah sekolah) dan semua SMAR bawah MAIJ telah ditukarkan kepada SABK. |
| 2015 | Kurikulum al-Dini telah digunakan pada semua sekolah menengah aliran SMAKJ dan SABK. |
| SMAKJ menambahkan jumlah hafazan al-Quran bagi semua pelajarnya kepada tiga juzuk setahun. | |
| Jumlah SAKJ bertambah kepada 563 buah dan lebih 100 sekolah lagi dalam pembinaan atau perancangan pembinaan. |
Comments
Post a Comment