Posts

Showing posts from June, 2018

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Image
DEFINISI SISTEM PENDIDIKAN  Suatu usaha sistematik yang disengajakan yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Pendidikan juga merupakan suatu proses pengubah sikap dan tingkah laku seseorang dalam mendewasakan manusia melalui pengajaran dan latihan serta dapat memajukan akhlak mahmudah, pemikiran dan jasmani selaras dengan alam dan masyarakat.   BIODATA DR MASZLEE MALIK Nama beliau ialah YB Dr Maszlee Malik. Beliau merupakan anak jati Johor dan lahir pada tanggal 19 Disember 1974. Beliau juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggung Abdul Rahman (STAR) (2). Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Beliau menyertai Madrasah Al-Quran Waddin pada tahun 1989 dan berhijrah ke Maahad Johor. Seterusnya, Dr Maszlee melanjutkan pelajarannya ke Jordon dan menamatk